Monday, June 27, 2011

Sukan sukan

Harini hari Isnin... Aku tulis ni dah lewat malam sangat dah.... Tapi takpa dah lama tak update blog ni...

Kali ni nak story pasal sukan... Memang tiap tiap tahun jadi acara tahunan semua sekolah... Mesti ada fight punya maa.... Baru syok.. Tahun ni berbeza dari tahun sebelum nya sebab tahun ni semua rumah nampak tak goyang... Semua relax2 belaka.... Tapi apa ada hal... Kalah menang adat bertanding , kita tunggu sabtu ni... :D

Rabu dan Khamis ni acara melontar peluru , lompat jauh dan saringan bagi acara 100m , 200m dan 400m... Memang ramai dah tak sabar nak beraksi... Dalam masa yang sama , masih ada juga pelajar yang tidak tahu dimana mereka sepatutnya berada... Sama ada SYAHBANDAR , BENDAHARA , TEMENGGUNG mahupun LAKSAMANA....

Tahun ni juga , semua sekolah di seluruh negara akan menyambut seruan kerajaan dengan tema 'SATU MURID SATU SUKAN' semua pelajar diwajibkan berlari... SMKHK tidak ketinggalan dalam menyambut seruan kerajaan... Acara 'SATU MURID SATU SUKAN' akan dijalankan pada hari Sabtu juga sebelum bermulanya temasya sukan tahunan...

Sudah menjadi kebiasaan untuk aku dah rakan lain tidak berlari untuk 'SATU MURID SATU SUKAN' kerana kami akan berlari untuk rumah sukan masing-masing yang lebih diutamakan kerana tahun ni merupakan tahun terakhir nak beraksi untuk sukan tahunan.. Lepas ni dah tak boleh dah... :'(

Apa-apa pun minggu ni pasti akan menjadi serba kelam kabut kerana Rabu ni ada Hari terbuka dan pada sebelah petang ada sukan (saringan & acara melontar dan melompat)... Semua atlit sudah bersiap sedia untuk beraksi...

Okay sampai disini sajalah nak menaip... Salam... :D

p/s sesiapa ada fb , tolong sokong Bigbitbid... :) TQ

Friday, May 27, 2011

Hari Guru


Salam semua.... Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera...

Harini ada perkara berlaku kat sekolah aku... Pertama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah dan Majlis perpisahan Cikgu Shah... :'(

Kita cerita pasal hari guru dulu... Start dari pagi , semua cikgu muka berseri-seri dengan pakaian sukan mereka jap , segelintir jelah... Yang lain pakai baju kurung dah sebab malas nak tukar-tukar kot... Tapi cikgu-cikgu SMKHK ni sporting... Masa senamrobik(bantai je eja) semua join walaupun tak beberapa jadi sangat lah aktiviti senaman tu..... Lepas tu , ada sukaneka untuk guru-guru dan pelajar sekali... Perancangan awal nak buat di padang , disebabkan hujan yg turun terpaksa lah tukar ke dewan... Memang riuh rendah dewan sekolah... Hampir semua cikgu terlibat.... Selesai sukaneka semua guru dan pelajar berehat... Masa tu juga lah ada cikgu yang tukar baju untuk majlis seterusnya... Dalam masa yang sama , kelas aku sibuk siap kan kad khas untuk cikgu shahrizan yang bakal berpindah di sekolah baru nya... Di Bumi Darul Aman rasanya... :) hehee.... Semua orang tulis ucapan masing - masing dan shahfiqa , aida , fatin & abot buat kad itu lagi cantik.... Okay , apabila majlis bermula... Aku tak tentu arah , kesana kemari aku.... Selesai bagi hadiah kat pengawas untuk di berikan kepada guru-guru , aku pun terdengar MC jemput aku naik atas pentas... Woahh , kelam kabut aku di buatnya... Permualaan ucapan tercungap-cungap nafas aku... Lepas beberapa ketika aku dah mula okay dan lancar baca ucapan... Tapi yang peliknya Umi pandang semacam je masa aku baca pantun.... Goyang juga aku dibuatnya.... Tapi aku anggap itu macam biasa je... Selesai ucapan aku lega dan berehar sebentar... Join Wai Min kat depan pentas , ambil gambar....

Setelah penat asyik duduk kitaorang pun keluar... Tak sampai 20 minit++ keluar MC dah buat slide show untuk menghargai jasa cikgu Shah... Puan patakiya pun suruh panggil semua rakan kelas aku yang datang untuk bagi kad yang kitaorang tulis ucapan tu... Memang cantik lah kad tu.. Caiyok lahh korang.. :) Apabila cikgu Shah naik ke pentas menyanyi kan lagu Terlalu Istimewa , aku pun naik lah ke atas pentas dengan Shahfiqa dan Zulaikha... Sebenarnya aku tak perasan siapa yang ikut aku naik sekali... Lepas bagi kad tu dekat cikgu shah , cikgu shah peluk aku sebelum kami berpisah... Pada saat itulah , air mata aku keluar tiba-tiba... Aku rasa tak boleh kawal air mata aku... Aku lepas kan sahaja lahh.... Agak lama juga air mata aku mengalir... Mana tidak nya , cikgu Shah tu mengajar subjek Kimia kat kelas aku... Pada masa yang sama juga dia tengah mengajar topi REDOX.... Aku rasa tajuk yang paling susah.... Baru sahaja masuk topik tu , exam bermula dan sekarang................................. siapalah yang bakal menggantikan tempat cikgu Shah.... Selesai majlis Sambutan Hari Guru tu , ada bekas pelajar dan pelajar yang belajar dengan cikgu shah mengambil gambar... Kitaorang pun tak ketinggalan semua amik gambar sorang satu dengan cikgu shah sebagai kenangan terakhir...Tambahan pula , hanya kelas tambahan dengan cikgu Shah je belum buat lagi... Rasa agak kecewa juga lahh... :'(

Kepada cikgu Shah , harap cikgu berjaya disana.... Dan semoga dapat berjumpa lagi pada masa hadapan... Segala pengorbanan cikgu harap dapat kami balas dengan kejayaan masa SPM nanti....




Wednesday, May 25, 2011

Perangai

Okay , harini 25.5.2011 hari Rabu , bermakna esok aku last exam... Yeah , selama 3 minggu aku duduk kat dewan tu sampai lupa rupa kelas aku.... Haaa , yang penting esok kertas Fizik 3 dengan Kimia 3 aku nak pulun kasi habis... Biar membantu sikit markah aku... :)

Harini amik kertas Bio agak OK.... Walaupun aku dapat rasa markah aku agak kurang kerana tertinggal beberapa isi penting... Kali pertama juga aku jawab kertas Bio 3 dengan khusyuk... Tak pandang kiri kanan dengan belakang ( itu aku buat masa exam lain ) Ntah kenapa harini semangat lain macam je nak jawab kertas Bio 3 tu...

Lepas exam masuk kelas jap untuk taklimat pasal Folio Matematik Tambahan..... Agak susah juga nak buat folio Add Math ni... Macam TUuuuuuuuuuuuuuTTTT.... Tapi takpa ada cuti 2 minggu , so boleh bantai 2 minggu tu dengan buat folio ni... :)

Lepas rehat aku dengan segera pergi cari Lam , bekas pelajar SMKHK merangkap ketua pelajar... Apa tujuan dia datang sekolah tu pun aku tak tau kenapa... Tapi salah satu sebabnya ialah aku minta dia text ucapan untuk Hari Guru yang akan diadakan pada hari Jumaat ini... Lepas terjumpa dia dekat bilik BOSS , terus aku diajak untuk ke Pejabat Tingkatan 6... Semasa dalam perjalanan , macam-macam cerita aku tau... Semua pasal aku pulak tu... Eishh , apa salah aku sampai buat macam tu pun aku tak tau.... Tapi aku kesah apa , yang mengutuk/mengata aku dari belakang dorang yang dapat dosa... Bukannya aku... Lagipun , aku ada kurang dari 6 bulan kat sekolah tu... So , kerja aku sekarang belajar dan jawab Trial SPM dengan baik dan SPM dengan baik dapat result dan tinggalkan sekolah itu dengan bangga... ;)

Perkara yang aku paling idamkan tahun ini ialah penyerahan kuasa pengawas untuk sesi 2011/2012... Mesti 'RAMAI' yang suka kalau aku serah jawatan tu.... Orang yang bakal terima jawatan aku ni pulak DISUKAI oleh semua orang... So kepada orang itu , satu je aku nak cakap tahniah sebab berjaya memikat semua orang dalam masa seminggu kau kat sekolah tu.... Tapi ingat pengawas sekolah ni tak macam sekolah lain.... Ada yang akan ikut arahan bulat bulat dan akan ada yang takkan ikut arahan.... Aku lebih gemar Razak sebab dia dah 5 tahun kat sekolah tu... Apa budaya budak budak kat sekolah tu pun dia tau... Kau ? apa yang kau tahu ? NOTHING aku rasa NOTHING....

Dah la , cakap banyak kat sini pun apa guna... Biar lah orang yang terasa tu ada akal... :P

bye