Wednesday, May 25, 2011

Perangai

Okay , harini 25.5.2011 hari Rabu , bermakna esok aku last exam... Yeah , selama 3 minggu aku duduk kat dewan tu sampai lupa rupa kelas aku.... Haaa , yang penting esok kertas Fizik 3 dengan Kimia 3 aku nak pulun kasi habis... Biar membantu sikit markah aku... :)

Harini amik kertas Bio agak OK.... Walaupun aku dapat rasa markah aku agak kurang kerana tertinggal beberapa isi penting... Kali pertama juga aku jawab kertas Bio 3 dengan khusyuk... Tak pandang kiri kanan dengan belakang ( itu aku buat masa exam lain ) Ntah kenapa harini semangat lain macam je nak jawab kertas Bio 3 tu...

Lepas exam masuk kelas jap untuk taklimat pasal Folio Matematik Tambahan..... Agak susah juga nak buat folio Add Math ni... Macam TUuuuuuuuuuuuuuTTTT.... Tapi takpa ada cuti 2 minggu , so boleh bantai 2 minggu tu dengan buat folio ni... :)

Lepas rehat aku dengan segera pergi cari Lam , bekas pelajar SMKHK merangkap ketua pelajar... Apa tujuan dia datang sekolah tu pun aku tak tau kenapa... Tapi salah satu sebabnya ialah aku minta dia text ucapan untuk Hari Guru yang akan diadakan pada hari Jumaat ini... Lepas terjumpa dia dekat bilik BOSS , terus aku diajak untuk ke Pejabat Tingkatan 6... Semasa dalam perjalanan , macam-macam cerita aku tau... Semua pasal aku pulak tu... Eishh , apa salah aku sampai buat macam tu pun aku tak tau.... Tapi aku kesah apa , yang mengutuk/mengata aku dari belakang dorang yang dapat dosa... Bukannya aku... Lagipun , aku ada kurang dari 6 bulan kat sekolah tu... So , kerja aku sekarang belajar dan jawab Trial SPM dengan baik dan SPM dengan baik dapat result dan tinggalkan sekolah itu dengan bangga... ;)

Perkara yang aku paling idamkan tahun ini ialah penyerahan kuasa pengawas untuk sesi 2011/2012... Mesti 'RAMAI' yang suka kalau aku serah jawatan tu.... Orang yang bakal terima jawatan aku ni pulak DISUKAI oleh semua orang... So kepada orang itu , satu je aku nak cakap tahniah sebab berjaya memikat semua orang dalam masa seminggu kau kat sekolah tu.... Tapi ingat pengawas sekolah ni tak macam sekolah lain.... Ada yang akan ikut arahan bulat bulat dan akan ada yang takkan ikut arahan.... Aku lebih gemar Razak sebab dia dah 5 tahun kat sekolah tu... Apa budaya budak budak kat sekolah tu pun dia tau... Kau ? apa yang kau tahu ? NOTHING aku rasa NOTHING....

Dah la , cakap banyak kat sini pun apa guna... Biar lah orang yang terasa tu ada akal... :P

bye