Tuesday, May 24, 2011

BELAJAR!

Minggu exam dah nak sampai penghujung.... Cuti pula sudah nak bermula... Exam kali ni memang terasa kesusahannya... Mungkin kerana tak faham kehendak soalan , tak baca soalan dengan betul ataupun buku pun baca macam tu je.... Hah , nilah punca kalau ambil sikap tak serius masa minggu exam.... Tapi salah diri sendiri juga tak boleh salah cikgu atau kawan...

Cuti sekolah kali ni , memang aku nak paksa diri aku belajar 2 minggu straight... Tak kisah lah pagi , tengah hari , petang & malam... Yang penting aku mesti belajar sebab buka sekolah nanti confirm kena santak dengan cikgu-cikgu kat sekolah... Kalau nak tau kenapa , memang teruk exam kali ini... Satu kelas aku masalah dengan exam kali ni... Mana tidak nya , cikgu BM aku pun update status takde sorang pun dapat A+ dalam BM dia... Wahh , mahu kena masa sekolah buka balik nanti... Jap , tu baru BM... Belum BI , agama islam , math , add math , sejarah , kimia , bio dan fizik... Hah , memang kena basuh lah buka sekolah nanti...

Cuti sekolah kali ni pun , family ada rancang nak bercuti... Langkawi lah Pulau Perhentian lah.... Memang tak lah aku nak pergi... Baik aku duduk rumah ulangkaji pelajaran tingkatan 4 sehingga meleket semua dalam otak aku... Matlamat aku nak dapat 4A dalam SPM... BM , Agama , Tasawwur & BI... Kalau boleh Sejarah atau Mathematics... Subjek teras ni memang aku nak sangat score... Yang pilihan tu kalau boleh nak score A juga tapi dapat lulus pun kira baik juga....

So , cuti ni mungkin masa jamming kurang... Tak macam dulu , asal cuti je selang sehari mesti pergi studio jamming... Bukan jamming je , futsal dengan hangout pun sama gak... Senang cerita aku takde kat rumah lah... Tapi cuti kali ni , memang aku nak belajar... Aku dah niat , kalau dah niat mesti kena buat... Mungkin ada beberapa aktiviti jamm , futsal atau hangout tu aku akan buat... Nak belajar 24/7 memang tak lah kan.. Kena buat benda lain juga....

Okay , sampai sini jelah... Bye... Assalamualaikum... :)

*Sedang menikmati minggu terakhir peperiksaan