Friday, May 20, 2011

My 2011

Hi , 2011 tahun paling agak bermakna dalam hidup aku... Mana tidaknya , tahun ni tahun terakhir aku berada di Sekolah Menengah Hulu Kelang.... Segala pahit manis tawar masam masin pengalaman dah lalu.... Meninggalkan sekolah sebagai seorang ketua pelajar dan juga calon SPM pada tahun ni memang bagi banyak masalah dalam kehidupan seharian aku kat sekolah...

Hampir setiap hari ada saja guru yang datang meminta tolong... Walaupun aku taknak buat , tapi apakan daya tolong jelah... Lepas ni mungkin cikgu-cikgu takkan minta pertolongan aku sebab aku dah takde tahun depan... Jawatan aku sebagai ketua pengawas sering menjadi bualan rakan pengawas aku.... Perbualannya ialah siapa yang akan ambil tempat aku... Dah macam-macam nama keluar... Tapi bila aku pergi tanya orang yang diaorang sebutkan tu , semua taknak... Haih , jadi jelah ketua pengawas macam aku ni... Tak tegas mana , setakat tegas biasa biasa je , tegur pengawas yang tak ikut peraturan dahn pelajar... Oh ya , pastikan anak-anak buah bertugas.... Ianya agak menyeronnokkan dah memenatkan... Asal rehat je kena pusing satu sekolah dalam masa 30 minit... Untuk mengawasi disiplin pelajar... Mujur aku ada Penolong Ketua Pengawas yang membantu aku... Hehehe.. Terima kasih Thavamunisha.... :) :)

Tahun ni agak bangga sikit... Sebab aku dah cipta kerjaya aku sendiri di sekolah.... Haha , memang tak lupa lah kepada kawan aku dua orang ni... Kalau tak cerita pasal kamera satu hari tak sah... Christer dan Wai Min... Mana tidak nya , memang muka kitaorang ni jelah yang berani beraksi kat sekolah tu... Yang lain ada bawa juga , tapi malu malu lah ataupun takut cikgu rampas.... Haih korang ni , kalau bergambar masa belajar memang kena rampas lahh... Cuba guna akal.... Selain tu , buat persembahan , setting p.a. system memang menjadi lumrah hidup aku kat sekolah lah.... Semua tu terjadi sejak menjadi pengawas pada tahun lepas....

Tahun ni pun kehadiran aku ke sekolah masih lagi penuh.... Baik sekolah ganti dan kelas tambahan.... Haa rajinkan ? hehee... Kalau asyik tak datang je , macam macam lah ilmu kat sekolah tu aku terlepas... Bangun pagi pagi nak ke sekolah pun dah malas.... Tapi apakan daya dah niat nak belajar tu ada... :)

Tahun ni SPM dengan target 4A yang mesti harus wajib sunat aku kena dapatkan.... Mungkin sampai sini jelah kot... Harap dapat tulis lagi kat blog nih... -.-