Saturday, January 22, 2011

Hari yang menyeronnokkan....




21.1.2011 - Tarikh disebelah tu hari Sabtu.... Ada sekolah ganti... Macam biasalah sesiapa yang bersekolah di SMK Hulu Kelang mesti tahu berapa 'ramai' pelajar yang hadir apabila sekolah ganti diadakan.... Hahha... Sekola ganti yang berjadualkan hari Isnin itu amatlah menyenokkan... Mana taknya... Belajar sebelum rehat sahaja... Selepas rehat ada aktiviti "gotong-royong membersihkan & mencantikkan kelas"... Kebanyakkan pelajar yang hadir semua semangat... Mungkin nak menang kelas lestari kot... Tapi kelas berlainan.... Yang buat kerja hanya beberapa orang termasuk aku lah tu... :P

Subjek pertama ialah kelas yang aku gelarkan sebagai kelas 'doktor' sebab dah macam doktor apabila belajar BIOLOGI... Puan Hafizah mengajar dengan muka yang gembira... Kelas yang agak menyeronokkan aku dan rakan-rakan yang lain... Asyik tersenyum dan tergelak mendengar , mempelajari dan menyebut perkataan saintifik dalam BIO... Walaupun susah nak menyebut tapi aku cuma faham sikit-sikit selepas sesi pembelajaran kelas BIO selesai... Akhirnya cikgu memberi kerja rumah... Selepas kelas BIO , kelas Bahasa Inggeris... Kelas ni lagi sempoi... Cikgu suruh buat pembentangan mengenai ' How to be a good leader' dan tajuk yang hampir maksud dengannya... Kumpulan aku seperti biasa... Terdiri dengan beberapa ahli yang hebat-hebat belaka... Seperti Iman , Wai Min , Reza , Ruben & Faizal... Pembentagan yang hebat dilakukan oleh kumpulan kitaorang... It's awesome doohh!!!...

Selepas kelas Bahasa Inggeris.. Semua pergi berehat... Kecuali aku dengan Reza... Ustaz minta tolong buat sudut koko untuk PENGAKAP... Selepas menolong ustaz dengan hati yang ikhlas... Kami pun pergi ke kantin dengan pantas... Sampai di kantin ternampak Shahrul tengah makan... Kitaorang pun beli lah makanan... Entah mengapa mood mak cik kantin tu baik harini... Tiba-tiba bagi makanan free kat kitaorang... Hehe... Melantak tak ingat dunia lah kitaorang.... Sebenarnya Rasyid pun ada sekali join kitaorang...

Selepas berehat... Aku dengan reza bergegas ke kelas untuk bergotong-royong dengan rakan-rakan yang lain... Mula-mula aku cabut semua benda yang bertampal di kelas aku tu... Kemudia buang semua nya tanpa memberitahu cikgu... Selepas itu aku dengan Reza memulakan tugas menampal kain backdrop untuk sudut papan kenyataan... Setelah b
erpenat lelah membuat kerja itu... Datanglah guru kelas aku yang baru... Puan Majidah... Dia suruh buka balik... Dengan segala hormatnya aku dan Reza keluar dari kelas buat sementara waktu... Tak guna betul kenapa lah tak menerangkan awal-awal... Kan senang hidup tak lah penat macam orang kerja buat rumah... HAHA... Selepas beberapa minit meninggalkan kelas aku dengan Reza masuk semula... Tetapi tidak buat kerja... Hanya menyibukkan diri untuk memastikan muka kami ada di dalam kamera DSLR Iman... HAHA... Seronok bergambar.... Terutama rakan Cina di kelas aku... Semua terlalu teruja apabila dapat beraksi di hadapan kamera DSLR Iman itu....


Loceng sekolah berbunyi tepat pukul 1.10... Aku , Wai Min , Reza dan
Ruben bergegas ke Plaza Ampang City untuk bertukar daripada seorang pelajar kepada seorang remaja yang berpakaian seperti bukan ke sekolah... Selepas selesai bertukar pakaian... Kami berempat bergegas ke Restoran Al-Hafiz , tempat yang menjadi keutamaan kami apabila mahu melepak... Selepas melantak dan memuaskan tekak dengan air sejuk... Kami menunggu bas... Selepas menuggu bas RAPID KL yang agak lama , akhirnya kami sampai di KLCC... Apabila sampai sana sahaja... Aku dan Reza bergegas ke surau untuk melakukan solat Zuhur dahulu.... Selesai sudah solat kami pun bergerak ke PAVILLION bersama-sama Wai Min dan Ruben untuk berjumpa Iman , sekaligus pergi ke BB atau Bukit Bintang... Harapan pergi ke Bukit Bintang Mall ialah untuk melihat sahabatku KAN WAI MIN untuk membeli baju dan seluar... Tetapi malang... Dekat 5-6 kedai yang dikunjungi hanyalah memenatkan aku dan rakan-rakan yang lain.... Haha... Akhirnya Wai Min berjaya membeli sesuatu di Pavillion... Walaupun seluar yang dibeli di P.D.I. ianya telah berjaya menghilang kepenatan aku sedikit...
Iman yang berasa lapar yang mahu makanan seperti singa yang mengejar kuda belang , mengajak untuk makan di Food Republic di Pavillion... Tetapi hajat Iman tidak kesampaian kerana KFC menjadi pilihan kami... HAHA... Melepak di KFC sambil makan dan mengambila gambar.... Amat menyeronokkan... HAHA... Selesai mengeyangkan perut masing-masing... Iman yang disuruh adiknya supaya membeli sandwich di SUBWAY tiba-tiba terserempak dengan ibunda Iman... Ohh Auntie tak tahu nama... HAHA sorry... Ibu Iman mahu menghantar kami pulang sampai di PETRONAS Ampang Jaya... Tetapi ibunya bertukar fikiran dan menghantar aku , Reza , Wai Min dan Ruben ke rumah.. Terima kasih auntie dan Iman... Ohh uncle yang membawa kereta sekali.... TQ so much

Ianya memang satu hari yang memenatkan... Harap dapat beraksi lagi pada masa akn datang dengan menonton wayan
g pula atau hanya bergambar di KLCC atau PAVILLION... Sebab kami memang suka bergambar kan rakan-rakan ku KAN WAI MIN , REZA , IMAN FAEZ & RUBEN.... Haha

Sekian sampai disini sahaja.... Salam :)