Sunday, February 6, 2011

Holiday


3.2.2011-5.2.2011 - Wahh... 3 hari 2 malam aku menginap di Terong yang terletak di Taiping... Perjalanan yang amat menyakitkan hati... Mengapa? Lebuhraya Utara-Selatan sesak dengan kenderaan yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing... Pada waktu yang sama juga hampir semua R&R (rehat dan rawat) penuh sesak... Sehinggakan nak buang air pun memang BOLEH sangat... Terpaksa bertahan sehingga R&R yang tidak sesak dengan orang ramai.... Tiba di Taiping tepat pukul 1.39... Singgah di Restoran Doli... Makan dan lepak-lepak... Selepas itu gerak tasik Taiping... Bergambar's sebentar... Tepat pukul 3 gerak ke Singgah Sara dimana tempat pakcik dan makcik aku punya 'hometown'... Restoran yang dimiliki oleh mereka berdua tu memang menggembirakan aku... Sebab boleh bantai makan banyak-banyak... Buat air sendiri... Setelah lepak di restoran itu... Aku dan keluarga aku pun bergerak ke 'homestay'...

Tidur tidur tidur sedar sedar sudah hampir Maghrib... Datang lah nenek aku dan pakcik makcik ku yang lain... Homestay yang senyap sunyi sebelum itu kerana hanya ada keluarga aku sahaja bertukar menjadi riuh rendah apabila mereka datang ke 'homestay'..... Tepat pukul 8.14 kami beramai-ramai pergi ke Singgah Sara... Untuk makan dan bersembang serta melepak sambil menghabiskan air bercawan-cawan... Hee... Kemudian datanglah saudara yang dianggap kami sebagai saudara angkat kami.... Kedatangan saudara angkat lagi lah huru-hara... Sebab kalau dah duduk bersembang tu sehingga esok pagi pun masih ada topik untuk bercakap... HAHA

Pada keesokan harinya... Bangun mandi sarapan dan lepak di restoran pakcik aku tu... Lepak sehingga waktu solat jumaat... Selesai solat lepak kedai tu lagi... Kali ni makan siput sedut masak lemak cili api... Dalam bnyk2 siput yang aku sedut hanya 1 siput sahaja aku berjaya sedut... Memang panas kan hati... HAHA... Aku duduk di kedai menolong dua orang sepupu aku iaitu Adrin dan Emyra... Kepenatan ternyata dirasai apabila orang tidak putus-putus datang makan kat kedai pakcik aku tu... Sehingga tak tertahan dengan kepanasan dicampur pula dengan kepenatan.. .Ayah aku datang dan membawa aku pergi mandi di Sungai Pecah Batu... Bermandi manda dengan air sungai yang sejuk dan agak dalam... Sambil ditemani oeh 2 orang pakcik aku dan juga sepupu sepapat aku yang turut ikut ke sungai... Kesoronokkan dapat dirasai... :D

Pulang dari bermandi manda dengan kepuasan... Berehat sebentar di 'homestay'... Berehat sambil bersembang mengenai keadaan di Mesir... Pukul 8.28 sampai di kedai pakcik aku... Hidangan ketam masak pedas, mi bandung, nasi goreng dan air yang dicampur dengan limau dan beberapa perasa lain... Kesedapan menikmati makanan yang tidak dapat dirasai oleh aku... Kerana aku tidak tahu makan ketam... Ish... Kesedihan... :(( Lepak di kedai sehingga 12.30 malam...

Pulang pada keesokkan harinya... Tiba di rumah pada pukul 3.30 petang... Dan terpaksa pulang ke kampung halaman di Meru , Klang disebabkan saudara aku meraikan gaji pertamanya yang hampir 2k itu... Selesai makan makan di kampung halaman... Pulang semula ke KL pada pukul 12 tengah malam...

Cuti yang memenatkan... HAHA...



Pemandangan dari 'homestay'