Tuesday, February 1, 2011

Iman's House


31.1.2011 - Bersamaan hari Isnin... Aku dengan beberapa orang rakan telah melepak dirumah Iman... Beberapa orang yang dimaksudkan ialah Reza Ruben Wai Min & Natalie... Haha... Tujuan utamanya ialah latihan dram dan membuat kerja rumah.... Latihan drama untuk ujian lisan Bahasa Inggeris... Uishh... Melepet kan main kena buat drama... ULBS punya pasal terpaksa lah membuat nya...

Bangun pagi dengan hujan turun renyai renyai membuatkan aku berasa malas nak bangun dari tidur... Setelah menyedari jam menunjukkan pukul 9.20 dengan pantas aku pergi mandi sedangkan berkumpul di rumah Iman pada pukul 10...... Haha... Mandi betul-betul ni bukan mandi P.Ramlee... xD Kemudian gerak ke rumah Reza dan ayahnya menghantar kami ke rumah Iman... Sampai je dirumah Iman... Buat muka baik dihadapan ibunya... Kena salam... Budi bicara pun dijaga dengan rapi... Haha.... Apabila ibunya meninggal kan rumah itu dengan lantas Wai Min mencabar aku bermain FIFA 11 di X-Box 360 milik Iman... Haha... Perlawanan yang berkesudahan 1-0... Aku lah menang... Hehe... Agenda yang sepatutnya dilakukan hamppir tidak menjadi apabila bermain X-Box dari pukul 10.40 sehingga pukul 1.30... Wow... Lama sungguh bermain video game... :) Natalie dengan nada sinis nya menegur kitaorang supaya membuat latihan drama dengan segera...

Kegarangan Nat membuatkan kami malas nak lawan dan membuat latihan drama itu secepat , sebaik & sehebat yang boleh... Skrip yang pendek & jalan cerita yang ringkas serta padat membuat kan latihan itu berjalan dengan cepat & senang.... Sebelum latihan bermula... Kami melantak nasi ayam yang dimasak oleh bibik-bibik Iman... Haha... Sedap lah juga makan nasi ayam tuu... Apabila latihan drama selesai... Kami sambung bermain video game sehingga aku balik... Hhaha.... Kepuasan bermain X-Box 360 memang tiada tandingan...

Dan maaf kepada Iman kerana kami hanya bermain game NARUTO , game kegemaran Iman hanya lah sekejap sahaja... Lain kali kita main lama sikit ehh... HAhA