Thursday, February 10, 2011

Muse


Hey!!

Sejak beberapa hari lalu.... Jenis muzik aku beralih arah kepada MUSE... Sebelum ni Avenged Sevenfold , Green Day , Arctic Monkeys & Billy Talent...

Muse yang terdiri daripada 3 orang ahli iaitu Matthew Bellamy (lead vocals, guitars, piano, keyboards, keytar),Christopher Wolstenholme (bass, backing vocal) and Dominic Howard (drums, backing vocal).. Walaupun terdiri dengan hanya 3 orang ahli.. Mereka tetap berjaya memuaskan setiap penonton yang hadir menonton konsert mereka... Bertenaga , Bersemangat & Ekstravaganza....

Vocal Bellamy yang unik dan petikan gitar sentiasa memukau hadirin yang hadir.... Christopher juga tidak ketinggalan menerusi bunyi bass yang unik , dengan mengguna kan 'distortion'... Tidak banyak bassist yang menggunakan 'distortion'.... Dominic juga sungguh hebat menerusi pukulan drum yang sentiasa bertenaga dan tidak pernah sumbang bunyi drum...

Muse juga telah menerbitkan 5 album studio iaitu Showbiz (1999), Origin of Symmetry (2001),Absolution (2003), Black Holes and Revelations (2006), and The Resistance (2009). Antara lagu yang sering menjadi nyanyian orang ramai Starlight , Time is Running Out , Knight of Cydonia , Hysteria , Supermassive Black Hole dan Plug in Baby...