Sunday, December 26, 2010

Kemenangan Malaysia

Salam satu Malaysia semua.... Semua mesti tengok perlawanan skuad negara kita menentang Indonesia kan? Haha... Mana tidak nya.... Ini kali pertama Malaysia masuk perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup... Stadium pun penuh.. Tapi hajat ku untuk menonton di stadium tidak kesampaian.... Tak perlu tau lah kenapa... Hehe...

Apabila perlawanan di mulakan.... Pemain-pemain bermain dengan baik.... 90 minit yang memuaskan... Mana tak memuaskan.... Malaysia dapat menjaringkan 3 gol... Wahh... Tahniah kepada barisan pemain Malaysia...

Tetapi ada perkara yang amat memalukan negara kita... Penonton yang hadir di stadium Bukit Jalil telah membuat sesuatu perkara yang tidak boleh diterima.... Bermain laser.... Mana tak memalukan negara kita sendiri... Perlawanan diberhentikan kira-kira 10 minit akibat daripada masalah laser itu.... Sultan Ahmad Shah sampai turun padang untuk menyelesaikan masalah tersebut.... Mujur perlawanan disambung semula.... Perlawanan bermula semula dan Malaysia mendapat gol pertama dan seterusnya....

Kepada penonton bola sepak di Malaysia.... Janganlah bermain laser ketika perlawanan berlangsung.... Kerana ia boleh menjejaskan fokus pemain ketika berada di atas padang....

Kepada skuad negara yang akan bermain di Indonesia pada hari Rabu ini.... Semoga berjaya diucapkan... Manfaat kan peluang yang ada...

Itu sahaja untuk harini ini...

Salam!