Tuesday, December 28, 2010

Perlawanan Yang Menjadi Perbualan Ramai Pihak

Tajuk tak seronok langung...

Walaupun sudah 3 hari perlawanan antara Malaysia dengan Indonesia yang berkesudahan 3-1... Kemangan yang berpihak kepada Malaysia....

Semua orang berkata-kata , bercerita , berdebat , berperang mulut dan sebagainya mengenai isu 'laser'... Semua orang mesti sudah masak dengan perkara ini.. Terutama peminat setia bola sepak... Hal ini sudah berlaku sudah lama lagi... Cuma tiada tindakan undang-undang diambil oleh FIFA...

Tindakan penyokong yang menghalakan 'laser' kearah pemain jelas sekali tidak boleh diterima langsung... Ianya boleh mengganggu fokus pemain diatas padang... Pihak berkuasa juga mestilah memantau keadaan sekililing di stadium supaya hal ini tidak berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung... Namun , pihak berkuasa hanya meronda sahaja dan tidak mengambil tindakan terhadap penyokong yang bermain 'laser'...

Bukan itu sahaja... Kawalan kurang kemas oleh pihak stadium ketika berada di pintu masuk stadium juga merupakan punca masalah ini... Pihak stadium haruslah membuat pemeriksaan terhadap penyokong yang hadir ke stadium...

Harap kejadian yang berlaku semasa perlawanan tempoh hari tidak akan berulang pada masa hadapan... Tindakan tersebut boleh menjejaskan nama baik negara...

Sekian.