Pertama sekali dapat naik tingkatan 4 sains 1... Terkejut juga lah aku... Rasa seronok sebab dapat belajar subjek baru seperti MATEMATIK TAMBAHAN , KIMIA , BIOLOGI & FIZIK... Tapi aku tak pernah lulus subjek-subjek tersebut kecuali Kimia... Itupun masa ujian penggal 2...
Seterusnya , kawan-kawan rapat pindah ke sekola asrama... FENDI , NABIL , HARIZ , HAZIQ , NAIF , HAZRI & NABILAH... Sekarang cuma tinggal aku , reza , wai min & christer... Tapi itu bukan penghalang untuk berjaya! Setelah mereka meninggalkan sekolah... Suasana di dalam kelas bertukar menjadi lain... Tetapi tidak lama... Seorang demi seorang pelajar baru mendaftarkan diri mereka ke SMK Hulu Kelang... Dan menjadi rakan sekelasku...
Sebelum pelajar baru masuk ke sekolah SMK Hulu Kelang... Sukan Tahunan telah diadakan... Aku mengambil bahagian dalam acara 4x100 sahaja untuk tahun ini... Sepatutnya 100 meter... Tapi tidak layak ke peringkat akhir... Sungguh mengecewakan... Aku akan berusaha untuk tahun depan... Gandingan antara aku , haziq ,razak & yuszery ternyata amat berbaloi apabila berjaya mendapat pingat emas dalam acara tersebut... Kejayaan pertama yang aku anggap sebagai abangku di sekolah... Iaitu Yuszery... Dia begitu gembira apabila mendapat pingat emas dalam acara 4x100... Tahniah Yuszery...
Beberapa bulan kemudian aku dilantik untuk menjadi pengawas di sekolah... Aku tidak keseorangan... Sahabatku yang lain pun turut dilantik seperti reza , wai min , caleon , natalie , rasyid , divish , amira diyanah , syamimi , yeong , demi , chan chun fai & amirul lokman.... Maaf nama yang tidak aku sebut... Terlalu ramai sehingga tidak ingat... Ketika guru disiplin bertanya kepada kami... "Siapa mahu membaca ikrar pengawas?" , lantas mereka menyebut nama aku.. Ketika saat itu lah aku membaca ikrar dihadapan pelajar SMK Hulu Kelang buat kali pertama.... Aku berasa takut dan gementar ketika membaca ikrar.... Tidak sampai setahun jagung aku menjadi pengawas... Guru disiplin sekolah melantik aku menjadi KETUA PENGAWAS... Pada mulanya aku tidak terima... Namun , setelah berbincang dengan guru disiplin akhirnya aku terima juga jawatan itu... Pada bulan Oktober aku secara rasminya dilantik menjadi KP... Sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan aku... Aku tidak kisah... Kerana cikgu yang melantik aku... Hee... Sepanjang aku memegang jawatan tersebut tidak banyak masalah yang timbul... Aku berasa syukur...
Itu sahaja yang dapat aku ceritakan disini... Yang selebihnya... Simpan dalam hati... :D
Sekian...