Wednesday, December 29, 2010

Piala AFF Suzuki

Tarikh 30.12.2011 merupakan tarikh yang akan diingati oleh semua lapisan kaum masyarakat di Malaysia , kerana Malaysia telah memenangi Piala AFF Suzuki buat kali pertama... Pada mula kejohanan tersebut berlangsung , segalanya nampak serba tidak menjadi apabila tewas 1-5 kepada Indonesia... Diikuti pula dengan seri 0-0 dengan Thailand... Skuad negara berjaya menghidupkan peluang untuk mara ke semi-final apabila menewaskan Laos 1-5... Sambil mengharapkan Indonesia mengalahkan Thailand... Impian menjadi realiti apabila skuad negara berjaya layak ke semi-final dan bertemu dengan juara bertahan iaitu Vietnam...

Pada perlawanan pertama menentang Vietnam di stadium Bukit Jalil... Malaysia menang 2-0 hasil jaringan Safee Sali , penyerang skuad negara... Persembahan yang mantap ditunjukkan oleh skuad muda K. Rajagobal dihadapan ribuan penyokong Malaysia... Pada perlawanan kedua yang diadakan di Vietnam... Skuad negara berjaya menyerap segala asakan sepanjang 90 minit perlawanan.... Dan perlawanan ketika itu seri 0-0... Malaysia berjaya layak ke pusingan akhir buat julung kalinya....

Pada perlawanan akhir pertama.... Skuad negara turun dengan aksi yang meyakinkan di hadapan ribuan penyokong yang hadir di stadium Bukit Jalil... Malaysia menang perlawanan pertama dengan jaringan yang amat besar iaitu 3-0... Sekaligus mengejut pihak lawan Indonesia unutk bangkit.... Pada perlawanan kedua yang baru sahaja tamat , Malaysia kecundang di tangan Indonesie dengan jaringan 2-1... Tetapi itu tidak bermakna Malaysia tewas sepenuhnya... Aggregate menunjukkan bahawa Malaysia menang 4-2... Kejayaan yang amat bermakna buat skuad negara... Skuad negara yang dibarisi pemain yang muda berjaya membuka mata dunia bahawa mereka sudah bersedia untuk perlawanan besar yang akan datang pada masa hadapan...

Diharap kejayaan skuad negara tidak berakhir sampai disini sahaja... Kita haruslah layak ke Sukan Olimpik 2012... Dan Piala Dunia 2014... Ianya memang sebuah mimpi... Tetapi siapa tahu... Mimpi boleh menjadi realiti... Usaha merupakan kunci kejayaan...

Sekian